Membaca, menyentuh atau membawa al-Quran tanpa Wuduk

Assalamu'alaikum 'abdullah, maaf kerana lambat reply sebab sayasibuk baru-baru ini. Soalan saudara ialah : Boleh terangkan berkenaan perintah mengambil wuduk apabila hendak membaca, menyentuh atau membawa al-Quran?

Membaca al-Quran ketika berhadas kecil, dalam hal ini apabila seseorang itu berhadas, dan dia berkeinginan untuk membaca al-Quran, dia akan berhadapan dengan dua keadaan iaitu membacanya tanpa menyentuh al-Quran, atau membacanya dengan menyentuh al-Quran. Membaca al-Quran ketika berhadas tanpa menyentuh al-Quran, majoriti ulama mengharuskan orang yang berhadas kecil membaca al-Quran tanpa menyentuh mushaf a-Quran. Mereka berhujah dengan beberapa dalil antaranya:

Hadis Ali bin Abi Talib, katanya: "Baginda pernah datang ke tempat qadha hajat, lalu baginda menunaikan hajatnya. Kemudian baginda keluar, lalu makan bersama kami roti dan juga daging dan membaca al-Quran. Tak ada satu pun yang menghalang baginda daripada al-Quran melainkan berjunub".

[Hadis sahih riwayat Tirmizi] rujuk kitab al-Tirmizi


Perkara ini dijelaskan oleh allah s.w.t.

Ertinya : Tidak boleh menyentuh (Al-Quran) kecuali orang-orang yang bersuci sahaja.

(Surah Al-Waqiah ayat 79)

Sabda Rasulullah s.a.w.
Rawahu Daru Qutni : 1 : 459
Ertinya : Tidak boleh menyentuh Al-Quran kecuali orang yang bersuci sahaja.
Sehubungan dengan ini orang yang tidak ada wuduk dan juga berjunub haram menyentuh atau membawa Al-Quran kecuali dalam keadaan darurat sahaja.


Saya perhatikan, begitu banyak tulisan-tulisan yang membincangkan
tentang hukum menyentuh Al-Quran tanpa wudhuk.
Selalunya ia akan membawa kepada kekeliruan dan kecelaruan fiqh bagi orang awam. Perdebatan untuk ‘menghalalkan’ memegang mushaf Al-Quran
tanpa wudhuk ini hanya akan menambahkan lagi isu tetek-bengek
dalam dunia Islam yang sudah pun bertimbun-timbun.

Inilah pegangan dari keempat-empat mazhab – baik mazhab Hanafi,
mazhab Maliki, mazhab Shafi’i dan juga mazhab Hanbali.
Pendapat yang membolehkan memegang Al-Quran tanpa wudhuk
dalam keadaan tidak darurat, maka ia bukanlah dari pendapat majoriti ulama.



Wallahu a'lam